Politik ڤوليتيك Muhyiddin_Yassin

  • Parti Politik

UMNO

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1971-1988)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Baharu (PEKEMBAR) (1988-2016)

UMNO Cawangan Permatang Pasir

Beliau telah menceburkan diri dalam bidang politik apabila mendaftar sebagai Ahli Biasa UMNO pada tahun 1971. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi UMNO Cawangan Permatang Pasir pada 1971 sebelum dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Muar-Pagoh.

UMNO Cawangan-Cawangan Bukit Serampang dan Jorak

Sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, beliau juga menjadi ketua kepada semua Ketua UMNO Cawangan-Cawangan Bukit Serampang dan Jorak.

UMNO Bahagian Pagoh

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian

Beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1974 hingga tahun 1976.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian

Kemudian beliau dilantik pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1976 hingga tahun 1982.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, beliau telah juga dilantik sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun yang sama.

Barisan Pemimpin UMNO Bahagian
Bendahari UMNO Bahagian

Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Muar-Pagoh hingga tahun 1974.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian

Setelah itu, pada tahun 1982, beliau telah dipilih pula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh sehingga tahun 1985.

Ketua UMNO Bahagian

Beliau telah memenangi jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 26 April 1985 setelah menewaskan penyandangnya, Tan Sri Othman Saat.

Pada 24 Jun 2016, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh setelah dipecat dari parti UMNO[22] oleh Majlis Tertinggi UMNO yang mesyuarat khasnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan jawatan tersebut telah dipangku oleh Haji Ismail Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Beliau merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1974 hingga tahun 1976.

Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1974 hingga tahun 1976.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1976 hingga tahun 1982.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Seterusnya beliau telah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1982 hingga tahun 1986 dan dalam masa yang sama terus kekal sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Negeri
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1982 hingga tahun 1986 dan dari tahun 1995 hingga tahun 2003.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1986 hingga tahun 1995.

Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan

Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 menggantikan Tan Sri Zulhasnan Rafique sehingga tahun 2013. Kemudian jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.

UMNO Pusat

Pergerakan Pemuda UMNO Pusat
Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat

Tan Sri Muhyiddin telah menjadi Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1984 hingga tahun 1986.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat

Tan Sri Muhyiddin telah menjadi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1976 hingga tahun 1986.

Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pada tahun 1984, beliau telah bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namun beliau telah gagal kerana kekurangan undian. Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Tan Sri Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO selepas percubaan kali pertama pada tahun 1984 menemui kegagalan.

Beliau terus kekal berada di kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga tahun 1993 dan dari tahun 1996 hingga ke tahun 2000. Pada tahun 1993 hingga tahun 1996 dan dari tahun 2000 hingga tahun 2016, beliau menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau menduduki kerusi Majlis Kerja Tertinggi UMNO dari tahun 1985 hingga tahun 2016.

Naib Presiden UMNO

Pemilihan UMNO 1990
Pada tanggal 30 November 1990, beliau telah bertanding telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1990 untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 6 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 582 undian.

Pemilihan UMNO 1990
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Anwar Ibrahim1,067 undian110Menang
Abdullah Ahmad Badawi953 undianMenang
Sanusi Junid750 undianMenang
Wan Mokhtar Wan Ahmad735 undian16Dicalonkan
Tan Sri Muhyiddin Yassin582 undianDicalonkan
Abdul Rahim Thamby Chik452 undianDicalonkan

Pemilihan UMNO 1993
Seterusnya, pada tanggal 4 November 1993, beliau telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1993 melalui Team Wawasan setelah dicalonkan oleh 133 Bahagian UMNO untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1993 dan berjaya mendapat undian tertinggi, iaitu sebanyak 1,413 undian.

Pemilihan UMNO 1993
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin1,413 undian133Menang
Mohd Najib Tun Abdul Razak1,202 undian148Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib1,189 undian138Menang
Abdullah Ahmad Badawi927 undian16Dicalonkan
Sanusi Junid525 undian13Dicalonkan
Wan Mokhtar Wan AhmadMenarik diri6Dicalonkan
Mohamed Yusof Mohamed NoorMenarik diri1Dicalonkan
Anwar IbrahimMenarik diri1Dicalonkan

Pemilihan UMNO 1996
Namun pada tanggal 10 Oktober 1996, semasa Pemilihan UMNO tahun 1996, beliau gagal untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO setelah tewas. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 7 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 545 undian.

Pemilihan UMNO 1996
Calon Undian Perwakilan Keputusan
Mohd Najib Tun Abdul Razak1,483 undianMenang
Abdullah Ahmad Badawi1,053 undianMenang
Muhammad Haji Muhammad Taib1,045 undianMenang
Ramli Ngah Talib696 undianDicalonkan
Syed Hamid Albar653 undianDicalonkan
Tan Sri Muhyiddin Yassin545 undianDicalonkan
Yob Tajuddin Kulub Ismail111 undianDicalonkan

Pemilihan UMNO 2000
Pada tanggal 11 Mei 2000, beliau sekali lagi telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2000 setelah dicalonkan oleh 30 Bahagian UMNO dan berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang daripada 3 orang calon yang berjaya dilantik sebagai Naib Presiden UMNO dengan undian ketiga tertinggi, iaitu sebanyak 813 undian.[23]

Pemilihan UMNO 2000
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Mohd Najib Tun Abdul Razak1,289 undian151Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib853 undian32Menang
Tan Sri Muhyiddin Yassin813 undian30Menang
Osu Sukam629 undianDicalonkan
Abu Hassan Omar616 undian58Dicalonkan
Syed Hamid Albar524 undianDicalonkan
Abdul Ghani Othman469 undian80Dicalonkan
Mohd Isa Abdul Samad421 undianDicalonkan
Rais Yatim371 undianDicalonkan

Pemilihan UMNO 2004
Pada tanggal 23 September 2004, semasa Pemilihan UMNO tahun 2004, beliau telah berjaya mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat undian ketiga terbanyak, iaitu sebanyak 1,234. Tetapi, selepas Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa Pemilihan UMNO tahun 2004 pada tanggal 24 Jun 2005, kedudukan undian beliau adalah di tempat yang kedua dan tempat ketiga telah diberikan kepada Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.

Pemilihan UMNO 2004
Calon Undian Perwakilan Keputusan
Mohd Isa Abdul Samad[2]1,507 undianDicalonkan
Mohd Ali Mohd Rustam[3]1,329 undianMenang
Tan Sri Muhyiddin Yassin1,234 undianMenang
Muhammad Haji Muhammad Taib1,177 undianMenang
Mustapa Mohamed1,059 undianDicalonkan
Adnan Yaakob690 undianDicalonkan
Shahrir Abdul Samad651 undianDicalonkan

 2. Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad telah dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2005 kerana salah laku rasuah semasa pemilihan tersebut.
 3. Tempat pertama Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad sebagai Naib Presiden UMNO kemudiannya diganti oleh Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, sambil tempat kedua diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tempat ketiga diganti oleh Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.

Timbalan Presiden UMNO

Pemilihan UMNO 2009
Setelah kerusi Timbalan Presiden UMNO dikosongkan oleh penyandang terdahulu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2009 setelah dicalonkan oleh 91 Bahagian UMNO dan memenanginya dengan menewaskan calon, Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib dengan undian sebanyak 1,575 pada tanggal 26 Mac 2009 yang lalu.

Pemilihan UMNO 2009
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin1,575 undian91Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib916 undian46Dicalonkan
Mohd Ali Mohd RustamDilucut kelayakan47
Shahrir Abdul SamadTidak layak1
Nur Jazlan MohamedMenarik diri

Pemilihan UMNO 2013Pada Pemilihan UMNO tahun 2013, beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas mendapat kata sepakat yang mengatakan jawatan bagi Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan.

Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau juga telah diamanahkan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang berperanan untuk mengurus perkara yang berkaitan dengan pengurusan parti.

Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga 26 Februari 2016 selepas digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO,[24] (namun jawatan-jawatan beliau yang lain dalam UMNO dikekalkan); oleh kerana mempersoalkan kedudukan beliau yang tidak diberikan ruang untuk membuat ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015, menegur salah laku Pengerusi Lembaga Penasihat, 1Malaysia Development Berhad, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak[25][26] dan berjuang bersama-sama pakatan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat[27] yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang antaranya ingin menyatakan kebimbangan terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

BERSATU Bahagian Pagoh
Ketua BERSATU Bahagian Pagoh

Pada 8 Oktober 2016, beliau telah mengumumkan penubuhan bahagian pertama bagi parti BERSATU, iaitu BERSATU Bahagian Pagoh. Sebagai Ahli Parlimen Pagoh, beliau telah dilantik sebagai Ketua BERSATU Bahagian Pagoh.

Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim
Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim bagi menggantikan Dato' Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim. Kemudian, Haji Mazlan Bujang telah dilantik bagi menggantikan tempat beliau.

Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Beliau adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sejak tahun 2016 yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tanggal 13 Disember 2016, di ibupejabat PKR, Petaling Jaya, beliau telah mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 nanti. Beliau telah bersetuju untuk bekerjasama, tetapi masih belum bersedia untuk menjadi parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan juga telah bersetuju untuk menggunakan satu logo bagi mewakili parti pembangkang yang bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bagi menentang Barisan Nasional semasa pilihan raya tersebut.

Rundingan lanjut adalah untuk menetapkan para calon satu lawan satu untuk menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 nanti. Beliau juga telah cuba untuk memujuk PAS bagi bekerjasama menghadapi pilihan raya tersebut.

  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (1974-2018) Parti Pilihan Raya dan Parti Pembangkang (2018-2020)

Barisan Nasional

Pagoh

Pemuda Barisan Nasional Pagoh
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Pagoh

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Pagoh.

Kempimpinan Barisan Nasional Pagoh
Pengerusi Barisan Nasional Pagoh

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Pagoh dari tahun 1985 hingga 2016.

Johor Darul Ta'zim

Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim.

Kepimpinan Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
Pengerusi Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 hingga 1995.

Artikel ini adalah sebahagian daripada
siri rencana tentang

Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Menteri Pelajaran Malaysia


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia


Isu Bertentangan


Yayasan


Keluarga


Buku


Barisan Nasional Pusat

Majlis Tertinggi Barisan Nasional
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.

Sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, beliau telah menjadi Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional sebanyak 18 kali.

Pada tahun 2015, beliau telah melahirkan kebimbangan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional disebabkan oleh kesan krisis 1Malaysia Development Berhad yang beliau anggap bakal menyebabkan Barisan Nasional kemungkinan akan kalah pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang akan datang.

Akhirnya beliau telah dipecat kerana dianggap memberikan tanggapan yang negatif terhadap Barisan Nasional walaupun ianya sekadar ingatan dan muhasabah diri. Setelah itu, jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

  • Parti Pilihanraya dan Parti Pembangkang (2016-2018) Parti Pilihanraya dan Parti Kerajaan (2018-2020)

Pakatan Harapan

Pada permulaannya, gabungan Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menentang Barisan Nasional.

Pada 20 Mac 2017, Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah diterima masuk sebagai ahli terbaharu dalam Pakatan Harapan. Beliau kemudiannya telah menganggotai Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Majlis Presiden Pakatan Harapan
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim
Pengerusi

Pada 22 Ogos 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim.

Pakatan Harapan Bahagian Pagoh
Pengerusi

Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Bahagian Pagoh.

Rujukan

WikiPedia: Muhyiddin_Yassin http://img.astroawani.com/2013-03/41363993631_295x... http://intrend.astroawani.com/detail/perkahwinan-m... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/56-adun-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/foto-malaysia/mengenangm... http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1462150 http://2.bp.blogspot.com/--jgil5bA5mo/VWFb5qrdXXI/...